29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin sedih nasib penduduk Gaza dibedil Zionis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

Dalam perbualan telefon bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyeh semalam, Muhyiddin menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin termasuk di Gaza akibat serangan ganas rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri turut menegaskan pendirian serta usaha-usaha yang telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini.

“Saya juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

“Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini.

“Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, Ismail percaya Malaysia boleh memainkan peranan untuk mendesak masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan terhadap rejim Zionis Israel bagi menghentikan tindakan keganasan di Palestin.

Advertisements

Beliau menyuarakan keyakinan itu dalam perbualan telefon dengan Muhyiddin Yassin tengah hari semalam.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran yang berkongsi butiran perbualan telefon antara dua pemimpin terbabit berkata, Ismail dan Muhyiddin berbincang selama kira-kira 30 minit tentang situasi di Palestin.

“Ismail membangkitkan tentang serangan di Jerusalem dan Gaza dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

“Beliau meminta Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan keganasan.

“Beliau juga menyatakan penghargaan berkenaan solidariti Malaysia melalui kempen dan usaha menyokong perjuangan rakyat Palestin,” jelas Muslim melalui rakaman audio aplikasi WhatsApp, semalam.

Setakat awal pagi tadi, seramai 145 rakyat Palestin di Gaza telah gugur akibat serangan keganasan yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel yang biadab dan tidak berperkemanusiaan.

Mereka yang terkorban termasuk 41 kanak-kanak dan 23 wanita. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan