Saturday, June 13, 2026

Lelaki mati terjun dari tingkat 3 Suria KLCC

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan pukul 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

terjun KLCC
Mayat mangsa ditutup dengan kain hitam. – Gambar: Media sosial

Sebelum itu, netizen gempar apabila beberapa gambar tentang kejadian tular dalam media sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Mangsa yang tidak diketahui identitinya dikatakan mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dilihat telah ditutup dengan kain dan beberapa petugas keselamatan berada berhampiran dengannya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan