27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Lelaki mati terjun dari tingkat 3 Suria KLCC

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan pukul 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

terjun KLCC
Mayat mangsa ditutup dengan kain hitam. – Gambar: Media sosial

Sebelum itu, netizen gempar apabila beberapa gambar tentang kejadian tular dalam media sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Mangsa yang tidak diketahui identitinya dikatakan mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dilihat telah ditutup dengan kain dan beberapa petugas keselamatan berada berhampiran dengannya.

Wartawan

Terkini

Warga emas melecur tangan, padam kebakaran rumah

SEORANG wanita warga emas melecur di kedua-dua tangan dalam usahanya memadamkan kebakaran yang berlaku di rumahnya di Jalan SM9,...

Lagi Artikel Berkaitan