26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 19, 2021

Woodward tinggalkan Manchester United hujung 2021

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

LONDON – Manchester United mengumumkan Naib Pengerusi Eksekutifnya, Ed Woodward akan meninggalkan kelab itu pada penghujung tahun ini.

Beliau menyertai The Red Devils pada 2005 dan menyandang jawatan tersebut mulai 2012.

Woodward berkata, beliau sangat berbangga kerana dapat berkhidmat dengan United dan menyifatkan pengalamannya bekerja dengan kelab bola sepak terhebat di dunia sebagai satu penghormatan.

“Kelab ini berada dalam kedudukan yang baik untuk masa hadapan dan agak sukar bagi saya mengundurkan diri pada penghujung tahun ini.

“Saya akan menghargai kenangan semasa saya di Old Trafford, ketika kami memenangi Liga Eropah, Piala FA dan Piala EFL.

“Saya bangga apabila Manchester United kembali kepada budaya dan corak permainannya yang asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sepanjang tempoh kerjayanya bersama Manchester United, kelab tersebut telah membelanjakan lebih £1 bilion untuk memantapkan barisan pemainnya.

Woodward sangat gembira dengan kemajuan yang dicapai oleg para pemain di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya sejak dua tahun lalu.

“Saya pasti dengan perubahan yang kita telah lakukan dari segi corak permainan dan pasukan kejurulatihan serta pemain beberapa tahun lalu, kelab yang hebat ini akan menjulang piala semula. Ia sememangnya layak.

Baca juga:   Jersi baharu JDT mantul! Ramai tidak sabar memiliki

“Saya memang terlalu menginginkan kelab ini untuk menjuarai Liga Perdana dalam tempoh perkhidmatan saya dan saya pasti kita mempunyai asas-asas yang betul untuk memenanginya bagi penyokong-penyokong kita,” jelasnya.

Baca juga:   Macau Scam: Wanita, dua lelaki dipenjara gagal bayar denda

Menurut beliau, akademi Manchester United yang masyhur di seluruh dunia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan 34 pemain muda menyertai skuad utama sejak 2013.

“Memang menyeronokkan apabila melihat bakat-bakat seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Axel Tuanzebe menyinar dalam persekitaran kelab utama.

“Dalam tahun-tahun akan datang, bakat-bakat muda akan terus memberi saingan sengit terhadap pemain-pemain sedia ada dalam skuad utama. Persaingan sedemikian sangat baik untuk masa depan kelab,” ujarnya.

Woodward berkata, Manchester United juga telah menubuhkan skuad wanitanya dan kemajuan yang ditunjukkan mereka membuktikan kesungguhan kelab tersebut dalam memburu kejayaan.

Beliau menambah, situasi pandemik COVID-19 juga memberi cabaran getir terhadap Manchester United dan memberi kesan negatif terhadap kedudukan kewangan kelab.

“Namun United kekal gagah dan bertahan dalam mengharungi tekanan kewangan yang luar biasa,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Manchester United, Joel Glaze merakam penghargaan kepada Woodward atas usaha gigih dan dedikasinya.

“Sumbangannya kepada kelab adalah sangat besar dan beliay sentiasa dialu-alukan di Old Trafford sebagau sebahagian daripada keluarga Manchester United,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   Sahkan wang pinjaman, keputusan tarik balik pertuduhan berasas

Terkini

PRN Melaka: UMNO, BN kerjasama dengan pihak lain belum rasmi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan muktamad UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan mana-mana...

Lagi Artikel Berkaitan