25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kakitangan KKMM ‘dipaksa’ Like, Follow media sosial menteri?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebuah kementerian dikatakan telah mengerahkan semua kakitangan jabatan dan agensi di bawahnya agar ‘Like’ dan mengikuti akaun media sosial menterinya.

Berdasarkan tangkap layar yang tular hari ini, kementerian terbabit menerusi Unit Komunikasi Korporatnya telah mengeluarkan arahan tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi kementerian.

Kakitangan kementerian itu juga diminta untuk mengambil langkah serupa untuk akaun-akaun media sosial milik timbalan menteri serta ketua setiausaha kementerian.

Tangkap layar dipercayai pekeliling dalaman kementerian itu antara lain berbunyi:

“2. Dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi Korporat telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘Lie’ dan ‘Follow’ akaun media sosial utama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam kalangan penjawat awam … berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KKMM Bil. 8./2021 yang meminta agar semua kakitangan KKMM dan Jabatan serta Agensi di bawah KKM untuk mengikuti akaun media sosial utama KKMM yang melibatkan akaun berikut…

“4. Sehubungan itu, diminta semua Pengarah Bahagian/Unit untuk memantau dan memastikan setiap kakitangan telah mengikuti (Like atau Follow) akaun media sosial utama di bawah KKMM dan mengisi Borang Pemantauan Aktiviti Media Sosial (Borang …) sebagai bukti bahawa aktiviti pemantauan telah dilaksanakan…”

Mengulas perkara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, menteri berkenaan dahagakan Like sehingg memantau kakitangan untuk memberikan tanda suka tersebut.

“Menteri PN dahaga “likes” ke? Sampai staff dipantau untuk beri likes.
Apa cerita, Saifuddin Abdullah?” katanya yang turut berkongsi tangkap layar arahan yang ditularkan itu.

Manakala dalam hantaran lain berhubung isu sama, Najib yang mempunyai 4.3 juta pengikut Facebook itu terkejut mendapati kakitangan kementerian itu perlu mengisi borang pemantauan untuk memastikan mereka mematuhi arahan berkenaan.

Advertisements

“Rupanya staff KKMM perlu isi borang sebagai bukti pemantauan “like” dibuat.”

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Nazrin Norani mempersoalkan arahan kememterian tersebut yang memaksan pekerjanya menyukai media sosial ketua mereka.

“Sejak bila majikan berhak paksa pekerja mereka LIKE page mereka? Bukankah akaun sosial media pekerja adalah hak milik pekerja? Bukan majikan.

“Malah, jika staff tersebut tidak mempunyai akaun sosial media, diwajibkan pula untuk membuka akaun-akaun tersebut. Mesti ada tiga-tiga, FB (Facebook), IG (Instagram) dan Twitter,” katanya.

Dia berkata, menteri berkenaan juga memaksa pekerja berkongsi pautan kepada akaun media sosial mereka, agar pihaknya dapat memeriksa sama ada kakitang kementerian sudah melaksanakan arahan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh menteri berkaitan perkara tersebut.

“Kementerian ini juga sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosia,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan