27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Video muzik raya promosi judi, 8 individu diberkas

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis memberkas lapan individu yang disyaki terlibat dalam pembikinan video muzik mempromosi judi atas talian bertemakan Aidilfitri yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki sebagai pelakon, ejen, artis, juruvideo/kamera dan penerbit/pengarah video tersebut,

Menurut beliau, pihaknya menerima 38 laporan berkaitan penularan klip video tersebut dan kesemua suspek akan direman bagi siasatan lanjut.

“Semua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video tersebut yang diadakan di dua lokasi di Ampang dan Hulu Langat pada 13 Mac 2021.

“Mereka ditahan di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” kata beliau seperti dilapor FMT.

Advertisements

Beberapa hari lalu tular iklan berdurasi dua minit satu saat yang mempromosi syarikat perjudian dalam talian dengan berlatar belakang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Acryl Sani berkata, usaha mengesan dalang sebenar disebalik pembikinan video tersebut masih diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan dan mereka yang mempunyai sebarang makluat boleh menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya.

Semalam, beliau berkata, kandungan video yang tersebar di media sosial itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh menyebabkan gangguan kepada orang ramai.

  • Langgan Telegram Edisi 9 untuk mendapatkan laporan terkini!

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan