29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangkitan baharu naik lagi, Sarawak catat kes terbanyak

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 2,551 kes hari ini berbanding sebanyak 2,148 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan, sebanyak 370,528 kes jangkitan dicatatkan sejak COVID-19 mula melanda Malaysia.

“Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 960 kes (37.6 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak dua kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini dan kedua-duanya melibatkan rakyat tempatan di Selangor.

Dr Noor Hisham memberitahu, seramai 227 pesakit memerlukan rawatan rapi dan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, beliau menambah, sebanyak 1,524 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 350,563 kes manakala 18,600 kes masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 82 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Sandakan (55 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (20 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), Kluster Tembok Sri Aman (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Advertisements

“Terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan dan masing masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan,” katanya.

Perincian tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini:

KLUSTER JALAN SULTAN ISKANDAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354095) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 27 kes jangkitan dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BALAKONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KIA PENG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362954) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat hiburan yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DTI SANDAKAN
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Sandakan. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 641 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DTI LENGGENG
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Lenggeng yang terletak di Kampung Solok, Lenggeng, Negeri Sembilan. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 70 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JEPAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355287) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Kampung Jepak, Bintulu pada 3 April 2021. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 402 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SRI LAYANG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360790) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Sri Layang, Bentong. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 420 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

  • Langgan Telegram Edisi 9 untuk mendapatkan laporan terkini!

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan