26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

4 lokaliti bawah PKPD mulai 16 hingga 30 April

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di empat lokaliti iaitu dua di Sabah, satu di Kelantan dan satu di Pahang mulai esok hingga 30 April ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti pertama adalah di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung di Tawau.

Menurut beliau, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan sembilan ujian saringan di Taman Tawau Lama dan daripada jumlah itu lima kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

“Manakala di Kampung Batu Payung, sebanyak lapan orang didapati positif COVID-19 hasil daripada 12 ujian saringan yang telah dilaksanakan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, PKPD dilaksanakan di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan setelah sebanyak 31 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini daripada 56 ujian saringan yang dilakukan.

Ismail Sabri memberitahu, Kementerian Kesihatan mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Baca juga:   KKM panggil balik ubat batuk mengandungi 'pholcodine'

Sementara itu, PKPD turut dikuatkuasakan di Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong setelah sebanyak 15 kes positif COVID-19 dikesan hasil 420 ujian saringan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Baca juga:   Maritim rampas 70 set bubu naga

“Kementerian Kesihatan juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu selain masih terdapat 247 sampel ujian menunggu keputusan,” jelasnya.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, beliau berkata, polis menahan seramai 82 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (21), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (15), tiada penjarakan fizikal (14), aktiviti pusat hiburan (2) dan lain-lain (30),” ujarnya.

Pasukan keselamatan juga telah menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam dan merampas empat buah kenderaan darat.

Sebanyak 169 buah bot/ kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan manakala enam orang PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran. – EDISI 9

  • Langgan Telegram Edisi 9 untuk mendapatkan laporan terkini!

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan