36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ekonomi Malaysia jatuh dalam kategori ‘stagflation’? – Najib

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Ekonomi Malaysia kini seakan-akan sudah jatuh ke kategori stagflation apabila harga barang melambung begitu tinggi manakala kadar inflasi juga terus meningkat.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika ini berlaku bermakna ekonomi negara sedang berada dalam keadaan paling tidak diingini oleh mana-mana negara.

Beliau berkata, stagflation (stagflasi) berlaku apabila inflasi tinggi yang berterusan digabungkan dengan pengangguran yang tinggi serta permintaan yang tidak stabil dalam ekonomi negara.

“Bulan Februari lalu, saya pernah memberi amaran bahawa kadar inflasi akan memuncak sebab kerajaan PN tak dengar nasihat saya pada bulan Mac 2020 lalu untuk letakkan harga lantai untuk harga minyak tempatan semasa harga minyak dunia menjunam untuk elak inflasi apabila harga memulih.

“Saya juga minta kerajaan PN untuk jangan tarik keseluruhan diskaun elektrik yang diberi secara sekaligus. Tapi tidak didengar kerajaan PN.

“Akibatnya, pada bulan lepas BNM (Bank Negara Malaysia) terpaksa mengeluarkan amaran bahawa kadar inflasi akan mencecah 5 peratus pada suku kedua tahun ini (iaitu tepat pada masa raya),” katanya hari ini.

Beliau mengulas rungutan orang ramai berhubung harga barang yang melambung tinggi sejak awal Ramadan lalu tetapi dinafikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Najib berkata, beliau telah menyemak aplikasi kementerian itu sendiri dan mendapati harga ikan kembung naik sehingga RM24 satu kilogram (kg), ayam (RM12 satu kg) serta harga daging yang mencecah RM40 satu kh,.

Senarai harga barang basah daripada aplikasi KPDNHEP – Sumber: FB Najib Razak

“Harga-harga ini tak tinggi ke? Harga ini dari applikasi kementerian sendiri. Jadi, kenapa pula kerajaan PN nak menafi?,” katanya.

Memetik laporan media kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kenaikan harga barangan di seluruh negara masih terkawal.

Beliau berkata, bekalan masih stabil dan mampu memenuhi permintaan namun pada masa yang sama memandang serius perbuatan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, peningkatan harga barang pada musim perayaan besar memang perkara biasa namun tidak pernah setinggi ini.

“Memang ianya kebiasaan untuk harga barang naik sebelum setiap perayaan besar tapi tidak pernah naik setinggi ini – terutamanya pada ketika pendapatan orang ramai masih belum memulih dalam pandemik Covid ini.

“Akibatnya, rakyat yang paling terkesan dengan kenaikan mendadak harga barang pada ketika pendapatan serta ekonomi belum memulih, kadar pengangguran masih tinggi dan penularan Covid semakin mengganas semula,” katanya. – Edisi 9

  • Langgan Telegram Edisi 9 untuk mendapatkan laporan terkini!

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan