26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Vaksin COVID-19 bukan punca kematian jururawat

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menafikan dakwaan kononnya kematian seorang jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang pada 17 Mac lalu adalah berpunca daripada vaksinasi COVID-19.

Pengarahnya, Datuk Dr Asmayani Khalib berkata, jururawat berusia 45 tahun itu menerima suntikan vaksin COVID-19 (Comirnaty) pada 12 Mac lalu.

Menurut beliau, Allahyarham tidak dikesan mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) menunjukkan dia stabil.

“Pegawai hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri selepas suntikan namun dapat bekerja seperti biasa mengikut shif kerja di hospital.

“Namun, beliau yang sememangnya mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik telah mengadu kepada suami bahawa beliau tidak selesa bernafas pada 16 Mac 2021 tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan PPV,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Dr Asmayani menambah, pada tengah malam 17 Mac, suami mangsa mendapati isterinya tidak sedar diri dan menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dengan segera.

Beliau memberitahu, arwah kemudian telah disahkan meninggal dunia di hospital.

Advertisements

“Hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian adalah disebabkan serangan jantung dan tiada tanda-tanda anafilaksis atau reaksi alergi.

“Oleh itu, kematian ini tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19,” jelasnya.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.

Tajuk yang dipaparkan beberapa agensi media sebelum ini telah menimbulkan tanggapan salah dalam kalangan orang ramai berhubung punca kematian jururawat terbabit.

Sementara itu, Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin menyifatkan tajuk yang digunakan oleh sebuah akhbar sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau akan memanggil editor akhbar terbabit hari ini.

“Tetapi damage is done berdasarkan komen2 di FB dll. Thanks for nothing,” katanya melalui ciapan Twitter hari ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan