24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bekalan benih padi sah di pasaran mencukupi – NAFAS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) komited memastikan benih padi sah yang diterima pesawah bukan sahaja berkualiti, tetapi harga terkawal serta bekalan sentiasa mencukupi di pasaran.

NAFAS juga memberi jaminan mampu membekalkan benih padi sah dari pelbagai jenis yang diperlukan pesawah bagi seluas 520,000 hektar kawasan penanaman padi di Semenanjung Malaysia.

Pertubuhan itu berkata, mengikut rekod, stok benih padi sah yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian adalah sebanyak 9,000 tan metrik dan yang sedang dalam proses pengesahan adalah sebanyak 39,000 tan metrik.

“Jumlah berkenaan melebihi keperluan semasa iaitu 36,000 tan metrik bagi satu musim penanaman padi.

“Sehubungan itu, pesawah di seluruh negara adalah diharap tidak gusar atas kemampuan NAFAS dalam memastikan bekalan benih padi sah adalah mencukupi untuk keperluan penanaman padi,” kata pertubuhan itu dalam kenyataan media, hari ini.

NAFAS memainkan peranan besar dalam memastikan industri padi negara dapat berkembang sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

Advertisements

NAFAS juga komited memastikan; benih padi sah yang diedarkan adalah berkualiti, seterusnya memastikan bekalan benih padi sah ada dalam pasaran dengan harga kurang RM35 setiap beg.

“Harga siling RM35 bagi setiap 20 kilogram yang telah ditetapkan kerajaan mampu mengatasi isu manipulasi harga,” jelas NAFAS.

Pelantikan NAFAS sebagai pemborong tunggal dalam pembelian benih padi sah dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membanteras pelbagai isu dan permasalahan benih padi sah yang dialami pesawah sebelum ini.

Sehingga 12 Mac, sebanyak 212,666 beg bersamaan 4253.32 tan metrik sudah diedarkan oleh ejen rasmi melalui Pertubuhan Peladang Kawasan di Semenanjung Malaysia.

Anggaran keperluan untuk benih padi sah dalam tempoh setahun adalah sebanyak 72,000 tan metrik bersamaan 3.6 juta beg untuk keluasan 520,000 hektar di Semenanjung Malaysia. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan