Saturday, June 27, 2026

Hakim Danish puas hati dapat baiki pencapaian di Brazil

Mesti Baca

PELUMBA Moto 3 negara, Hakim Danish Ramli berpuas hati dengan pencapaiannya di Grand Prix Brazil biarpun menduduki tempat ke-10 perlumbaan di Litar Autodromo Internacional de Goiania malam tadi.

Ini setelah pelumba dari Terengganu itu berjaya mengutip enam mata dan memperbaiki pencapaian berbanding di tempat ke-18 pada pelumbaan pertama di Thailand, minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau yakin dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik setelah memulakan perlumbaan di petak ketiga, namun insiden yang berlaku sedikit merencatkan perlumbaannya.

“Minggu yang agak baik untuk saya. Banyak peningkatan yang berlaku, saya tamat perlumbaan di P10 tetapi secara jujur saya yakin saya boleh dapatkan keputusan yang lebih baik.

“Saya akan kekalkan motivasi ini untuk perlumbaan pada minggu depan di Austin. Terima kasih semua yang menyokong saya,” katanya yang mewakili pasukan AEON Credit – MT Helmets – MSI itu.

HAKIM DANISH

Dalam perlumbaan dramatik akibat insiden kemalangan yang menyebabkan bendera merah dikibarkan, pelumba Sepanyol, Maximo Quiles muncul juara sekali gus merampas kedudukan pendahulu kejuaraan selepas penamat pecut lima pusingan.

Pelumba pasukan CFMoto Aspar itu berjaya menewaskan rakan sepasukannya, Marco Morelli, dengan kelebihan tipis 0.143 saat.

Veda Pratama mencipta sejarah sebagai pelumba Indonesia pertama yang menaiki podium selepas menduduki tempat ketiga dalam penampilan keduanya.

Perlumbaan terpaksa dimulakan semula selepas satu kemalangan dramatik yang menyebabkan bendera merah terpaksa dikibarkan, sekali gus membawa kepada perlumbaan pecut yang menentukan kedudukan akhir. – Edisi 9

Terkini

Dakwaan Puad serius, tidak bertanggungjawab – Onn Hafiz

“SAYA menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa saya pernah memaklumkan kepadanya kononnya pihak Istana telah “mengarahkan”...

Lagi Artikel Berkaitan