25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

BRN, kerajaan Thailand sepakat kurang tindakan ketenteraan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dan kerajaan Thailand bersetuju untuk mengurangkan tindakan ketenteraan antara kedua-dua pihak dalam usaha merangka pelan damai di wilayah selatan negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Sekretariat Rundingan Damai BRN dalam satu kenyataan malam ini.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan mesyuarat teknikal secara maya antara BRN dan kerajaan Thailand pada 3 Februari.

BRN menambah, kedua-dua pihak juga mencapai kata sepakat untuk merintis penyelesaian politik secara damai di Patani dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan nilai-nilai hak asasi manusia sejagat.

Selain itu, BRN dan kerajaan Thailand mahu melihat penglibatan semua pihak, sesuai dengan konsep inklusiviti.

Advertisements

“Secara rinciannya akan dibincangkan pada pusingan seterusnya,” jelas BRN.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang mewakili kerajaan Malaysia bertindak sebagai fasilitator mesyuarat tersebut.

Pada masa yang sama, mesyuarat tersebut turut menyentuh mekanisme perbincangan semasa situasi pandemik COVID-19.

“Persetujuan yang telah dicapai oleh kedua belah pihak adalah bersedia untuk mengadakan perbincangan teknikal berkala secara maya sepanjang merebaknya pandemik COVID-19 mengikut norma-norma yang sudah disepakati sebelum ini,” kata BRN.

BRN juga berharap proses rundingan damai itu disokong oleh semua lapisan masyarakat dan berjalan dengan lancar. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan