28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Kirim wang lebih murah, mudah dengan TransferWise

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pemindahan wang global, TransferWise menawarkan perkhidmatan pengiriman wang lebih murah dan efisien ke seluruh dunia, ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Pengurus Negara TransferWise Malaysia, Lim Paik Wan berkata, pihaknya menggunakan kadar pertukaran pasaran-pertengahan tanpa kos tambahan.

Menurut beliau, dengan bayaran rendah tersebut menjadikan perkhidmatan TransferWise sehingga empat kali lebih murah berbanding dengan perkhidmatan kiriman wang yang lain.

“Hasil kaji selidik di negara ini mendapati pandemik dan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan rakyat mahukan satu perkhidmatan pengiriman yang lebih murah, pantas dan berkesan.

“Ini kerana kebanyakan responden mengatakan bahawa mereka tidak dapat ke kaunter bank secara fizikal dan kos pengiriman wang yang tinggi merupakan cabaran dalam tempoh 12 bulan yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Paik Wan berkata, justeru dengan perkhidmatan TransferWise membolehkan pengguna dapat terus melakukan apa yang perlu dalam kehidupan seharian mereka, sama ada mengirim wang untuk menyokong orang tersayang atau membayar bil.

Baca juga:   Malaysia bantu India pindah teknologi industri sawit

Menyentuh mengenai kajian yang dibuat ke atas 1,000 responden itu mendapati separuh daripada mereka kurang membuat pengiriman wang manakala satu pertiga lagi telah mengentikankannya sejak Covid-19 melanda.

Baca juga:   RMK-12: Projek Identiti Digital Nasional sedang dilaksanakan

“Kepantasan pemindahan adalah pertimbangan penting bagi kebanyakan pengguna dengan 61 peratus daripada mereka mengatakan bahawa ia faktor penting ketika memilih perkhidmatan pengiriman wang dalam talian.

“Satu lagi faktor yang diambil berat adalah masa yang diambil untuk kiriman wang luar negara dikreditkan dalam akaun penerima, kemampuan untuk mengesan status pemindahan mereka dalam masa nyata akan membantu mengurangkan kegelisahan ini,” katanya.

Paik Wan berkata, TransferWise membangunkan kaedah terbaik untuk memindahkan wang ke seluruh dunia, sama ada menghantar, membelanjakan wang atau membuat dan menerima pembayaran perniagaan antarabangsa.
Syarikat itu mengendalikan pemindahan dan pembayaran rentas sempadan dengan lebih RM25 bilion setiap bulan untuk 10 juta pelanggannya, menjimatkan mereka lebih dari RM5.6 bilion setahun berbanding pengiriman wang melalui bank.

Dengan menggunakan TransferWise, pelanggan dapat mengirim wang dari 43 negara ke 80 buah negara., katanya. – Edisi 9

Baca juga:   TransferWise kini dijenama semula sebagai Wise

Terkini

Video tular guru bantu pelajar beg usang sentuh hati netizen

SATU rakaman video tular memaparkan kasih seorang guru terhadap seorang pelajar membawa beg yang sudah usang ke sekolah sejak...

Lagi Artikel Berkaitan