25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Perhilitan rampas 40 ekor burung dilindungi pelbagai jenis

Mesti Baca

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas kira-kira 40 ekor burung dilindungi pelbagai  jenis dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di daerah Kuala Krai, baru-baru ini.

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, satu pemeriksaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) telah dijalankan ke atas premis itu pada 22 Januari 2021. 

Hasil pemeriksaan katanya, Perhilitan berjaya merampas 2 ekor burung Merbah Jambul Hitam, 1 ekor burung Merbah Luris Leher, 4 ekor burung Daun Sayap Biru, 7 ekor burung Murai Batu, 1 ekor burung Sultan Tit dan 3 ekor burung Bayan Puling.

Turut dirampas 19 ekor burung Pipit Gunung, 1 ekor burung Punai Tanah, 1 ekor burung Murai Gajah, 1 ekor burung Serindit dan 1 ekor memerang.

Advertisements
Memerang yang dirampas Perhilitan.

“Siasatan awal terhadap suspek berusia 36 tahun mendapati suspek tidak mempunyai sebarang dokumen penyimpanan sah yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia,” katanya di Facebook hari ini.

Perhilitan berkata, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan untuk laporan polis.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan