27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pelantikan Biden ibarat tukar pemain catur – Abdul Hadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Peralihan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Donald Trump kepada Joe Biden dijangka tidak banyak mengubah dasar luar negara itu terhadap negara Islam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Joe Biden yang memenangi Pilihan Raya Presiden baru-baru ini tetap akan meneruskan polisi sama, namun pendekatannya berbeza dengan secara halus.

“Maka dipilih pendekatan diplomatik yang lembut supaya masuk ke dalam pengaruhnya, dan dapat diletak serta diatur dalam percaturannya.


“Begitulah juga, realiti politik di Amerika Syarikat laksana papan dan buah catur yang sama, hanya sekadar bertukar pemainnya sahaja,” kata Abdul Hadi dalam hantaran Facebook, hari ini.


Abdul Hadi berkata, Biden sendiri adalah penyokong dasar terdahulu terhadap Israel dan campur tangan ke dalam urusan negara Islam.


Katanya, ini termasuk menyerang Afghanistan, ‘mengkhadamkan’ puak Kurdi di sempadan Turki, Syria, Iraq dan Iran.


Selain itu beliau berkata, AS merupakan penggerak perang proksi di Syria, Libya dan Yemen, memecah belahkan Iraq, serta mengepung Iran dan mengugut semua negara yang tidak mengikut kehendaknya.

Advertisements


“Perubahan jawatan Presiden Amerika Syarikat kepada Biden kerana pendekatan campur tangan dahulu telah gagal, tanpa dapat menguasai keadaan, maka perlu diubah tangan pemainnya.


“Biden tetap meneruskan polisi yang sama, dengan perubahan mengikut keadaan semasa sahaja. Khususnya dalam menghadapi kebangkitan semula umat Islam.

Abdul Hadi pada masa sama mendakwa, peranan Amerika Syarikat dapat dilangsungkan selagi masih ada yang ingin menjadi ‘khadam’ kepada negara Uncle Sam itu.


Namun katanya, agak malang negara yang kaya hasil bumi, tetapi sangat fakir diri dan maruahnya masih lagi terhegeh-hegeh menagih simpati entah dengan siapa yang menang di Amerika.


“Sangat malang apabila mereka terlalu banyak melabur kekayaan di negara Amerika Syarikat dan Eropah, berbanding membantu negara umat Islam sendiri, sehingga dilaburkan di tempat yang tersasar daripada lapangan yang sepatutnya.


“Mereka sekadar bergembira di kelab judi dan kelab sukan sahaja kerana terlalu rakus pergantungannya kepada pihak yang bukan saudara-mara mereka,” katanya.


Abdul Hadi menambah, ini termasuk membelanjakan peruntukan untuk pertahanan semata-mata untuk melaksanakan perang saudara sesama sendiri.

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan