26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Kelibat harimau di Tanjung Malim cetus kegemparan

Perhilitan nasihatkan orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim, Perak gempar sejak malam tadi apabila kelibat seekor harimau belang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi hebahan dalam Facebook komuniti, para penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan diminta lebih berhati-hati susulan kehadiran binatang buas tersebut.

“Di maklumkan untuk qariah Taman Bernam Baru dan kawasan sekitarnya, malam tadi kira-kira jam 11.39 malam, CCTV di rumah ahli qariah kita di Jalan Bernam 12 berjaya merakam pergerakan seekor binatang buas dipercayai harimau belang.

“Para ahli qariah diminta berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masih terutamanya ahli qariah dari Taman Bernam Perdana dan juga Taman Segar yang berhampiran dengan Taman Bernam Baru,” kata hebahan tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kelibat harimau belang di Taman Bernam Baru.

Baca juga:   PM adakan lawatan ke Brunei esok

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan dibuat oleh seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran.

“Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya,” katanya.

Baca juga:   PN umum manifesto berteraskan 8 tunjang utama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim Supritendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk pada kira-kira pukul 6 petang semalam, namun tidak dapat mengenal pasti jenis harimau dan lokasinya ketika ini.

“Pengadu menghubungi balai polis dan memaklumkan terlihat ada kelibat haiwan itu dalam CCTV. Kita telah menghantar anggota ke lokasi namun tiada tangkapan setakat ini dan pihak Perhilitan sedang mengambil tindakan,” katanya. – Edisi 9

Sejak semalam, tular video rakaman CCTV berdurasi 49 saat, menunjukkan kelibat seekor haiwan dipercayai harimau berjalan di hadapan rumah yang dikatakan berlaku di Taman Bernam Baru.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan