33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Enam Harimau Malaya mati dilanggar sejak 2023 – Nik Nazmi

Mesti Baca

KEJADIAN Harimau Malaya yang mati dilanggar amat membimbangkan dan sejak tahun lalu sudah enam ekor hidupan liar yang dilindungi itu mati di jalan raya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, lebih menyedihkan apabila beberapa bahagian Harimau Malaya tersebut termasuk taring, kuku dan kulit telah hilang dan disyaki telah dicuri. 

Beliau berkata, insiden terbaru melibatkan seekor Harimau Malaya betina di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November lalu yang merupakan satu tragedi kepada usaha pemeliharaan hidupan liar. 

“Ini menunjukkan bahawa habitat Harimau Malaya telah terganggu hingga menyebabkan Harimau Malaya terpaksa keluar daripada habitat semula jadinya.

“Lebih menyedihkan apabila beberapa bahagian Harimau Malaya tersebut termasuk taring, kuku dan kulit telah hilang dan disyaki telah dicuri. 

“Tindakan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Nik Nazmi berkata, Akta 716 telah dipinda pada tahun 2022 antaranya bagi meningkatkan kadar hukuman dan penalti yang melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan hidupan liar.

Beliau berkata, di bawah akta tersebut, mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti Harimau Malaya, atau mana-mana bahagian atau terbitannya seperti gigi, tulang, kulit, lemak atau darah.

Katanya, apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM150,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun.

“Dengan bilangan populasi yang dianggarkan kurang daripada 150 ekor, NRES terus komited untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara ini tidak pupus buat selama-lamanya,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan bangkai harimau belang di atas jalan raya yang hanya tinggal kepala selepas dipercayai dilanggar lori, di samping video memaparkan bahagian badan bangkai haiwan itu yang hamoir keseluruhan sudah tercabut bahagian kulitnya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff mengesahkan, harimau itu mati akibat dilanggar lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan