30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Nahas maut: Langgar di Tanjong Malim, tangkap di Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANDU treler yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari hingga mengorbankan dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, Tanjong Malim, Perak pada 29 Mac lepas berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka pada pukul 11.57 malam semalam.

Menurutnya, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku menyebabkan kemalangan tersebut ketika dia sedang membuat pusingan ‘U’ di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu, lelaki tersebut telah menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikannya pada 30 Mac iaitu sehari selepas kejadian.

“Pihak kami juga merampas sebuah treler ‘bulk tanker’ jenis Volvo di Kerling, Selangor dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi di sebelah kanan tengah kenderaan itu,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Advertisements

Ujar Mohd Hasni, suspek direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif.

Terdahulu, media melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal dikenali sebagai Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, Nur Nabila, 19, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan