32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Cuaca panas sehingga Ogos

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NEGARA akan mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos, susulan musim peralihan monsun.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata cuaca panas itu membabitkan semua negeri, namun yang paling terkesan ialah negeri di utara dan pantai timur.

Menurutnya, kawasan di utara lebih teruk dan paling ketara dengan ada kawasan bersempadan dengan Thailand mencecah suhu lebih 37 darjah celcius.

“Kita jangka keadaan ini berlarutan sehingga Ogos kerana peralihan monsun. Selepas Ogos dijangka kembali hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 70 asnaf di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Nik Nazmi berkata, susulan musim panas yang berpanjangan tanpa hujan akan menyebabkan beberapa kawasan dilanda jerebu.

“Beberapa kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, termasuk Tanah Merah dan Cheras.

“Bila cuaca panas kebakaran hutan terutama kawasan tanah gambut mudah berlaku yang boleh menyumbang kepada masalah jerebu lebih teruk.

“Untuk mengekang masalah itu, kita bekerjasama dengan pelbagai agensi membabitkan beberapa kementerian, bagi memantau pembakaran terbuka,” katanya.

Terdahulu, daerah Jeli merekodkan cuaca panas pada gelombang haba tahap dua yang suhu hariannya dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, bermula semalam.

Jabatan Meteorologi berkata, 15 kawasan lain di Semenanjung pula berada pada tahap satu, iaitu pada kategori berjaga-jaga.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan