25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bekalan keperluan asas mencukupi sempena Aidilfitri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas menjelang Aidilfitri mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pengesahan mengenai perkara itu diputuskan dalam sesi libat urus KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), agensi berkaitan dan pembekal. 

“Saya difahamkan bekalan mencukupi menjelang Hari Raya ini, maka tidak perlu bimbang. Sekiranya terdapat perubahan, KPDN akan memberi notis atau pemberitahuan awal bagi mana-mana bekalan barangan yang tidak mencukupi.

“Tetapi setakat ini jangan bimbang, bekalan keperluan pada masa kini adalah mencukupi. Sehubungan itu rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan harga barangan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 di sebuah pasar raya, di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMM) Hari Raya Puasa 2023 akan berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 30 April depan.

Katanya, terdapat 30 barangan dikawal di bawah skim tersebut termasuk enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur, yang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan