30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pakej Ubat Farmasi Rahmah di 100 farmasi komuniti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KONSEP Farmasi Rahmah akan diperluaskan di seluruh negara yang bukan sahaja menawarkan pakej ubat-ubatan, malah produk kesihatan lain secara berperingkat-peringkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif itu bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat daripada aspek kesihatan dengan memperkenalkan pakej ubat-ubatan dengan tawaran harga yang rendah.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 100 farmasi komuniti menyertai Pakej Ubat Farmasi Rahmah di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu selain Lembah Klang.

“Farmasi komuniti menawarkan diskaun sehingga 50 peratus dan ia diharap membantu meringankan beban kepada rakyat dalam mengutamakan kesihatan.

“Di seluruh negara, kira-kira 4,700 farmasi dan daripada jumlah itu, ia membabitkan 2,000 farmasi komuniti. Oleh itu, kerajaan mengalu-alukan kira-kira 4,700 farmasi di seluruh negara menawarkan pakej ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pakej Ubat Farmasi Rahmah di AlSyifaa Farmasi Kempadang Perdana di Kuantan, Pahang, hari ini.

Hadir sama, Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin dan Pengarah Urusan AlSyifaa, Abdul Aziz Jamaludin.

Advertisements

Fuziah berkata, di AlSyifaa Farmasi, ia memperkenalkan lima pakej ubat dengan penjimatan sehingga 50 peratus daripada harga asal.

Menurutnya, harga yang dijual antara RM5 dan RM35 antaranya pakej saringan kesihatan, ubat keluarga madani, ubat kanak-kanak kombo A dan B serta ubat dewasa.

“Orang ramai wajar mengambil peluang mendapatkan pakej ini di farmasi komuniti yang menyertai inisiatif ini sebagai kit persediaan terutama musim perayaan ini,” katanya.

Untuk rekod, 100 daripada 16 jenama farmasi yang menjayakan inisiatif berkenaan adalah 100 Farmasi dari 16 jenama Alsyifaa Farmasi; GPharmax; Nazen Pharmashop; Marmin; Farmasi Al Arif; Farmasi Biruni; Farmasi Pro; Farmasi Anis; Farmasi Aman; Farmasi Sekilau; Farmasi Jaya Gading; Farmasi YHC Berkat; Farmasi Ubatku; Farmasi Bahau; Allcare Pharmacy dan Farmasi Haniz.

“Saya sarankan untuk setiap keluarga membeli pakej ubat ini sebagai persediaan semasa musim perayaan di farmasi berhampiran,” katanya dalam Facebook hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan