27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Kerajaan jimat RM15 juta guna ambulan udara EMARS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperkenalkan ambulan udara atau Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) bagi perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman yang sukar diakses menerusi jalan darat.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek multilateral antara kementerian itu mampu menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Selain Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan perkhidmatan ini melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (Jakoa).

“KPKT bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan menambah kemudahan EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat.

“Kolaborasi multilateral bersama KKM dan Jakoa dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Majlis pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 telah disempurnakan Kor Ming di Shah Alam, Selangor dan turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Sementara itu, Kor Ming berkata, EMARS turut berfungsi bagi membantu operasi kecemasan yang memerlukan pemindahan segera.

“Selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif.

“Itu termasuk bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuh raya,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan