28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Innovathon tawar hadiah RM1 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROGRAM realiti televisyen, Innovaton anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan hadiah wang tunai dan pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta bagi menambah baik dan mengkomersialkan produk inovasi peserta. 

MOSTI berkata, program itu bertujuan mengetengahkan idea dan hasil ciptaan teknologi dan inovasi kepada rakyat Malaysia dan potensi pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi.

“Sebanyak enam sesi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat-bakat inovator sedia ada. Mereka akan dibimbing oleh mentor-mentor berkelayakan dalam ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

“Sebanyak lapan episod Innovathon melibatkan 56 peserta yang telah melepasi proses saringan di sesi uji bakat akan dijemput,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pra-Pelancaran Innovathon telah disempurnakan Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli di sebuah hotel di Putrajaya semalam. 

MOSTI yang menerajui sains, teknologi dan inovasi (STI) dan pemerkasaan ekosistem startup tempatan melalui Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, menjemput semua yang berdaya inovasi untuk turut menyertai Innovathon. 

Program itu dapat meningkatkan lagi minat dan penglibatan rakyat Malaysia dalam STI selaras dengan slogan MOSTI iaitu ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.’ 

Advertisements

Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman Hassan dan pegawai kanan kementerian itu.

Innovathon akan disiarkan melalui saluran Astro.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur. 

Katanya, setiap peserta perlu menyediakan klip video berdurasi 1 minit dan dihantar melalui e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 7 Mei 2023.

“MOSTI yakin pelaksanaan program ini akan melonjakkan lagi pembudayaan STI di semua peringkat dan seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat teknologi/usahawan berdaya cipta.

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan juga percambahan syarikat-syarikat pemula (startup) dan perkembangan ekosistem startup tempatan.

“Pengukuhan ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi tempatan memacu pertumbuhan ekonomi dan transformasi negara ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan