32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Cheras, Segamat dan Tanah Merah catat IPU tak sihat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA lokasi iaitu Cheras, Segamat, dan Tanah Merah, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 12 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kadar bacaan IPU, Cheras mencatatkan bacaan paling tinggi iaitu 151, Segamat 130 manakala Tanah Merah 107.

Tanah Merah di Kelantan dan Cheras di Kuala Lumpur mula mencatatkan IPU tidak sihat masing-masing bermula pukul 8 dan 9 malam semalam manakala Segamat, Johor sejak semalam.

Manakala, sebanyak 64 stesen pula pula mencatatkan bacaan sederhana, dengan Banting, Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 96, diikuti Putrajaya dan Johan Setia 94, Kota Bharu, Kelantan, dan Kuala Terengganu, Terengganu, masing-masing mencatatkan 91 manakala Seremban 90.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Advertisements

Semalam Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim(KeTSA) memaklumkan akan memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan akibat jerebu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata cuaca panas yang melanda Semenanjung ketika ini menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.

Ppihaknya bersedia untuk berdepan dengan fenomena jerebu termasuk daripada segi pemantauan di kawasan sensitif seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan pembakaran terbuka yang biasa berlaku.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan