29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Kedah umum cuti peristiwa sempena Thaipusam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Kedah mengumumkan 5 Februari depan sebagai cuti peristiwa negeri ini sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat EXCO, minggu lepas.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap kepada rakyat yang bukan beragama Hindu untuk mereka memanfaatkan sebaik-baiknya pemberian cuti peristiwa berkenaan.

“Ini memandangkan ianya (Hari Thaipusam) jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan negeri Kedah,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga...

Lagi Artikel Berkaitan