26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Perhilitan bantu bomba tangkap tapir di tingkat 5 hotel di Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASUKAN anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka menghulurkan bantuan kepada pasukan bomba bagi menangkap seekor tapir di tingkat lima sebuah hotel mewah di Bandar Hilir, Melaka hari ini.

Difahamkan kelibat haiwan yang dipercayai sesat itu mula dikesan orang awam kira-kira pukul 9.04 pagi tadi.

Menurut Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Sofian Hassan, tapir berkenaan dipercayai masuk ke tempat tersebut melalui laluan masuk kenderaan dan kemudiannya sesat tidak dapat mencari jalan keluar.

“Pihaknya mengalami sedikit kesukaran menangkapnya berikutan haiwan itu bertindak agresif.

“Seramai lapan anggota dari BBP Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati haiwan itu berkeliaran di kawasan terbabit.

“Bomba meminta bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan berjaya menangkap tapir itu.

“Kita percaya haiwan berkenaan dipercayai masuk ke tempat parkir itu melalui jalan masuk kereta dan sesat untuk keluar semula dari bangunan terbabit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Advertisements

Ujar Sofian lagi, Perhilitan juga terpaksa menggunakan bius untuk melemahkan tapir berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan haiwan liar tersebut.

“Tapir telah berjaya diangkat dan dialihkan pada pukul 2.30 petang tadi. Haiwan tersebut telah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd. Firdhaus Mahmood dilaporkan berkata, pihaknya mendapat aduan awam dan telah mengesan kehadiran tapir seberat lebih 250 kilogram itu sejak dua minggu lalu.

“Sebelum ini kita memang telah mengesan kehadiran tapir ini dan pasukan dalam keadaan bersiap-siaga untuk menyelamatkannya.

“Pada pagi ini kita menerima panggilan daripada bomba dan terus ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan menggunakan pelali,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan