29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2 Orang Asli maut nahas bertembung kereta sekolah memandu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki Orang Asli maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta milik sebuah sekolah memandu di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha 135 LC dan kereta Perodua Axia.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Batang Kali.

“Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun.

Advertisements

“Ekoran kemalangan itu, penunggang dan pembonceng meninggal dunia akibat parah di kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan