Thursday, July 23, 2026

Lelaki disyaki bunuh isteri hantar wang ke kampung ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Indonesia yang disyaki suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara, Selangor, 16 Disember lalu berjaya ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, berkata suspek berusia 27 tahun diberkas di sebuah kediaman di Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Suspek adalah suami kepada mangsa. Mereka berkahwin kira-kira enam tahun lalu dan mempunyai empat anak berusia satu hingga lima tahun.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memukul mangsa menggunakan sepana dalam kejadian 16 Disember lalu, sebelum melarikan diri meninggalkan anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Anbalagan lagi, pergaduhan pasangan terbabit dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa dikatakan mengambil wang simpanan berjumlah RM6,000 dan menghantarnya ke kampung tanpa pengetahuan suspek.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan