31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM cari jalan penyelesaian ke arah sifar keciciran – Fadhlina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tekad sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah sifar keciciran dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan memastikan semua anak bangsa yang berada di negara ini berhak memperoleh kesaksamaan pendidikan walau di mana mereka berada.

“Justeru, pemantauan dan intervensi pihak sekolah ke atas murid yang berisiko cicir akan sentiasa dilakukan agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2023 hari ini.

Malah ujar beliau lagi, KPM juga akan memastikan kebajikan warga pendidikan akan dititikberatkan dan menjadi titik fokus KPM.

“Setiap jerih payah tuan puan mendidik anak bangsa adalah mutiara yang tiada tolok bandingnya.

“Tahun 2023 adalah tahun untuk melakar sebuah wajah baharu pendidikan Malaysia dan ia akan dilakukan hasil kerjasama di peringkat pakar-pakar pendidikan.

“Kami akan merangkul kekuatan diperingkat pakar dengan menelusuri setiap denai dan mendorong anak kita ke peringkat terbaik dari sudut akademik dan sahsiah,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera juga sejajar usaha mengangkat kemuliaan insan tidak kira latar belakang kaum, agama dan agama.

“Untuk tujahan ke hadapan, tujuh teras utama KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara memerlukan sinergi di antara guru, murid, ibu bapa dan komuniti.

Ujar beliau lagi, landasan sistem pendidikan yang diwarisi harini sudahpun melalui siri-siri permurnian, namun KPM tak boleh berkompromi.

“Tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru pendekatan untuk dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan daripada semua peringkat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan