28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pelajar rugi RM57,488 terpedaya kerja sambilan dalam talian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar politeknik di Pahang berputih mata apabila terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian sehingga mengalami kerugian sebanyak RM57,488.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 19 Disember lalu selepas mangsa yang berumur 19 tahun menyertai satu iklan di Instagram.

Menurutnya, mangsa dikehendaki melaburkan modal terlebih dahulu dan dijanjikan pulangan wang hasil daripada pelaburan tersebut.

“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh suspek sehingga membuat lima kali pindahan wang ke akaun yang berlainan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Ramli lagi, bagi tujuan pelaburan yang tidak wujud itu mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri, meminjam daripada kawan dan wang persaraan ayahnya yang merupakan pesara guru sekolah.

Sehubunagn itu, beliau menasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial tanpa usul periksa yang jelas.

Malah, orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. 

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan