24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KPM mohon saksi tampil beri keterangan insiden tampar pelajar

Hannah pula sifatkan tindakan jurulatih itu salah dan tindakan wajar diambil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memohon saksi yang terlibat dalam insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tampar yang tular di media sosial supaya tampil memberi keterangan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.

“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan.

“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” ciapnya menerusi Twitter beliau, malam ini.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Advertisements

Menerusi video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Turut dipaparkan kedua-dua pemain itu seperti tergamam, namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan tindakan seorang jurulatih menampar pemain bola tampar remaja perempuan dalam rakaman video yang tular hari ini, adalah salah.

Beliau kini sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

“Ini adalah salah. Saya telah bercakap dengan (Menteri Pendidikan) Fadhlina Sidek dan kami sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan insiden itu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan