26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Beruang matahari dilepaskan semula ke habitat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BERUANG matahari seberat 90 kilogram yang diselamatkan setelah tersesat di Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah, awal bulan ini sudah dibebaskan ke kawasan bersesuaian yang tidak didedahkan lokasinya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, beruang betina itu dibebaskan selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh pakar veterinar.

Menurutnya, pihaknya telah berhubung dengan Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) Sungkai, Perak yang memiliki pakar veterinar.

“Mereka mengesahkan beruang itu sihat dan sedia untuk dilepaskan ke habitat sesuai. Jika beruang itu berada dalam keadaan tidak sihat, kami takkan melepaskannya. Apabila semuanya baik barulah kami bertindak demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujar Jamalun, pemeriksaan dijalankan mendapati beruang tersebut berusia kira-kira sembilan tahun dan sememangnya haiwan liar dan bukan dibela mana-mana pihak seperti ditimbulkan pihak tertentu sebelum ini.

“Bagaimanapun saya tak boleh mendedahkan di kawasan mana beruang itu dilepaskan kerana polisi konservasi. Kes sebegini jarang-jarang berlaku dan haiwan tersebut perlu terus dilindungi,” katanya.

Dalam kejadian 2 Februari lalu, seorang anggota bomba bantuan, Mohd. Nizam Hamid, 27, cedera pada pergelangan tangan kiri selepas diterkam seekor beruang di kawasan sawah di Kampung Selengkoh Tengah, di Yan.

Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, berkata Mohd Nizam dirawat di Hospital Yan akibat kecederaan serius.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan