25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Polis edar foto suspek cubaan tembak isteri di KLIA

Mesti Baca

POLIS telah mengedarkan foto suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata arahan itu dikeluarkan sebaik sahaja pihaknya berjaya mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian tersebut yang menyebabkan seorang pengawal peribadi cedera parah.

Beliau berkata pihaknya turut memperketatkan kawalan di lorong tikus di sempadan negara bagi mengelakkan suspek yang dikenal pasti sebagai Hafizul Harawi, 38, meloloskan diri ke negara jiran.

Menurutnya Hafizul dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan.

Advertisements

“Saya percaya dengan kecekapan anggota saya, Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata siasatan awal pihaknya turut mendapati suspek menggunakan pistol separa automatik berkaliber sembilan milimeter semasa kejadian tersebut.

“Polis menemukan tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang satu daripadanya tidak meletup, kami (polis) mengesyaki Hafizul memperoleh pistol berkenaan dari negara jiran,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan