26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) hari ini dilapor memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung gabungan politik itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut sumber, keputusan memecat Annuar dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat UMNO dengan Ketua Bahagiannya di sini.

Difahamkan, ahli Parlimen Ketereh itu digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga setiausaha agung bersama Muafakat Nasional (MN).

Annuar juga difahamkan tidak lagi menyandang jawatan Setiausaha Bersama Muafakat Nasional (MN).

Advertisements

Namun, beliau masih menganggotai UMNO dan kekal dengan jawatannya dalam Kabinet.

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Beliau dilihat lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) ketika sentimen berbeza dalam UMNO yang merupakan parti dominan dalam BN.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan