26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Wanita cucuk jarum pada mata teman lelaki akibat cemburu

Mesti Baca

AKIBAT terlampau cemburu membuatkan seorang wanita mencucuk jarum ke dalam mata teman lelakinya selepas menuduhnya melihat wanita lain.

Polis Miami berkata, Sandra Jimenez, 44, dari Miami, dan teman lelakinya yang tinggal bersamanya selama lapan tahun bertengkar selepas perbuatan lelaki itu diketahui wanita berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di rumah mereka di Northeast 62nd Street kira-kira 10 malam, Sabtu lalu, Sandra didakwa mengambil peluangnya untuk memberi pengajaran kepada teman lelakinya itu.

“Ketika lelaki itu berbaring di atas sofa, Sandra melompat ke atasnya dengan dua jarum suntikan rabies untuk anjing mereka.

“Dia terus mencucuk alat itu ke kelopak mata kanannya,” kata polis dalam afidavit penangkapan yang dipetik Fox 35 Orlando.

Advertisements

Polis berkata, mangsa kemudiannya menghubungi polis sebelum dibawa ke Hospital Memorial Jackson.

Wanita itu ditahan polis ketika sedang tidur di dalam keretanya di luar rumah terbabit, pada malam kejadian.

Dia mendakwa, dia tidak tahu bagaimana kecederaan mata teman lelakinya itu boleh berlaku disebabkan tindakannya itu.

Sandra ditahan di Penjara Daerah Miami-Dade atas pertuduhan jenayah lebih teruk, namun diikat jamin sebelum menjalani tahanan rumah.

Perbicaraan kes itu dijangka bermula pada 26 Disember ini. -Agensi

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan