24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes wanita hina Islam : Teman lelaki direman tiga hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan teman lelaki kepada wanita yang kini direman kerana didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail, di sini.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, lelaki itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Penahanan dibuat semalam dan dia direman tiga hari sehingga Selasa ini. Bagi suspek wanita yang ditahan kelmarin, permohonan untuk sambung reman dibuat memandangkan tempoh reman tamat pada 12 Julai (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan.

Semalam, Noorsiah dilaporkan berkata, wanita berusia 28 tahun itu direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, siasatan dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video menunjukkan seorang wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Advertisements

Siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kertas siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

Selain itu, kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab malam di TTDI.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan