26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Teman lelaki Siti Nuramira tidak mengaku bersalah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMAN lelaki kepada wanita yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lepas.

V. Alexander Navin, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lalu.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di sebuah kondominium di Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya, pukul 10.30 pagi pada 9 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baca juga:   Kes wanita hina Islam : Teman lelaki direman tiga hari

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris tidak menawarkan jaminan, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan beliau memohon RM40,000 bagi setiap pertuduhan.

“Memandangkan kes ini viral dan bagi mengelak tertuduh melarikan diri serta ia mendatangkan kegusaran kepada orang awam, saya memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Baca juga:   Agong ulangi titah sidang Parlimen secepat mungkin

“Selain itu pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang memuat naik sebarang hantaran berkenaan perjalanan kes di mana-mana media sosial sehingga kes selesai,” katanya.

Namun, peguam, R. Sivaraj yang mewakili Alexander Navin memohon jaminan RM1,500 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai penulis bebas tidak memperoleh pendapatan tetap.

Menurut peguam itu, sebelum ini anak guamnya bekerja sebagai pengajar selam bebas, namun akibat pandemik Covid-19 pendapatannya terjejas akibat kejatuhan industri pelancongan ketika itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak hakim Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada prosiding terdahulu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Siti Nuramira turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam.-Edisi 9

Baca juga:   Mangsa banjir geram, sukarelawan datang hanya untuk 'posing'

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan