24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cemburu disyaki punca tukang masak mati dalam letupan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CEMBURU disyaki menjadi motif kematian seorang tukar masak yang terbabit dalam letupan di Pandan Indah, Ampang pada 29 Disember lalu.

Ia susulan tertangkapnya sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian tersebut.

Suspek lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berumur 30 tahun diberkas di sebuah rumah di Serdang, Kedah malam tadi dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mereka terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang untuk permohonan perintah reman yang mana mereka direman bermula hari ini sehingga 10 Januari ini.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan