24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

CCCECRL bantu mangsa banjir di Pantai Timur

CCCECRL akan sentiasa memberikan bantuan dalam apa jua keadaan serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CHINA Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) bersama Malaysian Rail Link (MRL) telah menyumbangkan sebanyak 800 set bantuan bencana banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Projek merangkap Ketua Jurutera CCCECRL, Deng Bo berkata, sumbangan tersebut sebagai komited syarikat itu dalam membantu mangsa banjir melalui usaha-usaha yang berterusan.

“Kami menzahirkan rasa simpati terutamanya kepada semua yang terkesan dalam bencana ini.

“CCCECRL akan sentiasa bersama dengan mangsa banjir Pantai Timur, termasuk memberikan bantuan dalam apa jua keadaan serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memantau situasi banjir,” katanya menerusi kenyataan.

CCCECRL juga telah menyediakan tiga trak daripada Seksyen 3 untuk membantu proses pengagihan bantuan kepada mangsa-mangsa di Hulu Setiu, Terengganu melalui kerjasama erat dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.

Bahagian Seksyen 3 juga telah menyediakan tiga lagi trak untuk membantu memindahkan mangsa banjir dari Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus ke Sekolah Kompleks Gong Badak.

Advertisements

Manakala, Seksyen 2 telah mempersiapkan 28 trak dan 32 sukarelawan untuk membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Pasir Puteh, Besut dan Setiu di Kelantan dan Terengganu beberapa hari lalu dalam sebuah operasi menyelamat yang telah mengambil masa 11 jam.

“Operasi tersebut telah berjaya memindahkan lebih 200 mangsa banjir dengan selamat ke sebuah tempat perlindungan sementara,” katanya.

Bahagian Seksyen 3 juga mengambil bahagian dalam memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas dengan sumbangan bantuan seperti tilam, peralatan tempat tidur, makanan serta bekalan kecemasan lain.

“Setakat ini, CCCECRL telah menyediakan 30 trak dan jentera bagi memindahkan penduduk setempat di Kelantan dan Terengganu selain menempatkan barangan milik mereka ke tempat yang lebih selamat.

“Selain itu, CCCECRL juga telah menyampaikan bantuan bencana banjir kepada komuniti yang terjejas di negeri-negeri Pantai Timur tersebut.

“Kami akan terus berhubung dan memberikan bantuan melalui pihak berkuasa kepada mangsa-mangsa banjir terutamanya dalam waktu-waktu sukar seperti ini,” jelas Deng. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan