Thursday, June 4, 2026

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula mekanisme penetapan harga automatik (APM).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol untuk semua jenis produk petroleum dan diesel tidak berubah bagi tempoh 5 Januari 2023 hingga 11 Januari 2023 ini.

Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula mekanisme penetapan harga automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia

Dalam masa sama turut mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan