Saturday, June 13, 2026

Pejabat Kesihatan nafi penularan Covid-19 di Kuala Pilah

Pengurusan jenazah kes COVID-19 dilaksanakan mengikut tatacara terkini iaitu pihak PKD, membenarkan waris bersama-sama menguruskan jenazah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menganggu ketenteraman awam, mengenai perebakan kes COVID-19 di kawasan Pasir Ambor dan Juasseh, Kuala Pilah.

Ini berikutan tular mesej di aplikasi WhatsApp mengenai penyebaran mengenai perkara tersebut (kes COVID-19) sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai hari ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah (PKDKP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menafikan berlaku perebakan kes COVID-19 di kawasan Pasir Ambor dan Juasseh, Kuala Pilah.

“Bagaimanapun PKDKP mengesahkan terdapat satu kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) di kawasan berkenaan, namun tiada sebarang perebakan dalam kalangan kontak rapat dan penduduk dikesan di kawasan sekitar.

“Pengurusan jenazah kes COVID-19 dilaksanakan mengikut tatacara terkini iaitu pihak PKD, membenarkan waris bersama-sama menguruskan jenazah.

“Kami sentiasa komited dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung dan dipantau dari semasa ke semasa,”menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut semua kontak rapat yang didapati tidak bergejala dan berstatus negatif COVID-19, tetap diberikan pendidikan kesihatan.

Justeru PKDKP meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menganggu ketenteraman awam, selain menyeru masyarakat mendapatkan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi dan kemudaratan apabila dijangkiti COVID-19.

Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp antaranya melarang orang ramai pergi ke kawasan Pasir Ambor dan Juasseh kerana wabak COVID-19 merebak di kawasan itu susulan kematian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan