27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pelarian Rohingya tiba lagi di Aceh

Mesti Baca

PELARIAN Rohingya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak tiba lagi di wilayah paling barat Indonesia, Banda Aceh, menurut seorang pegawai tempatan.

Katanya, ketibaan pelarian kira-kira 147 orang itu sehari selepas 200 orang yang tiba di kawasan sama.

Setiap tahun, ribuan rakyat Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam mempertaruh nyawa menempuhi perjalanan panjang dengan menaiki bot untuk masuk ke Indonesia dan Malaysia.

Sebuah bot kayu mendarat di pantai di mukim Batee di wilayah Pidie, Aceh sekitar jam 17:10 waktu tempatan (1030 GMT), kata pegawai kerajaan tempatan dalam satu kenyataan.

“Bot itu membawa pelarian Rohingya yang terdiri daripada 46 lelaki dewasa, 57 wanita dewasa dan 44 kanak-kanak,” katanya.

Jurucakap kumpulan nelayan tempatan, Marfian memaklumkan, beberapa nelayan cuba menghalang bot berkenaan dari berlabuh di pantai terbabit.

Advertisements

Katanya, sebahagian daripada etnik Rohingya yang tiba itu dalam keadaan lemah dan sakit, termasuk kanak-kanak yang sedang kelaparan.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Indonesia, Mitra Salima Suryono, berkata agensi itu tidak dapat mengesahkan jumlah ketibaan terbaru pelarian itu tetapi sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan mereka.

Pelarian ini diharapkan dapat dipindahkan ke tempat perlindungan yang lebih baik,” katanya.

Ketibaan baharu itu menjadikan jumlah etnik Rohingya di Aceh sejak 48 jam lalu meningkat kepada 343 orang selepas 196 individu tiba di wilayah Pidie, kelmarin.

Difahamkan pada tahun lalu, lebih 2,000 Rohingya dipercayai mencuba melakukan perjalanan ke negara Asia Tenggara, menurut agensi pelarian PBB.

Agensi itu menganggarkan, hampir 200 Rohingya mati atau hilang tahun lalu ketika cuba menyeberangi laut yang bergelora itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan