24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KDN pergiat buru 60 pelarian Rohingya lolos depot

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan terus mempergiatkan usaha memburu 60 pelarian Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau, Sungai Bakap, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya terutama Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi dan serbuan di seluruh negara.

“Saya ingin menegaskan bahawa operasi memburu 60 warga asing yang lolos itu akan diteruskan.

“Kita akan membuat serbuan secara besar-besaran itu sehingga tertangkapnya kesemua mereka,” katanya selepas menyertai operasi penguatkuasaan khas di Pasar Besar Meru di sini, malam tadi, lapor Kosmo!.

Advertisements

Pada 20 April lalu, seramai 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan itu selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Mengulas lanjut, tegas beliau, tindakan mana-mana pihak yang melindungi semua pelarian tersebut dianggap sebagai satu kesalahan.

Kita mahu memberi peringatan kepada semua termasuk rakan mereka supaya tidak sewenang-wenangnya melindungi 60 pelarian itu,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan