31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

FELCRA peruntuk RM368 juta kukuh keselamatan makanan negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui FELCRA Berhad telah melaksanakan inisiatif memperkembang dan mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan pertanian.
 
Langkah berkenaan merupakan sebahagian inisiatif bagi merealisasikan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkukuh keselamatan makanan negara di semua peringkat rantaian makanan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara inisiatif FELCRA termasuk melaksanakan aktiviti penanaman benih padi wangi tempatan (MRQ 76) dengan kapasiti pengeluaran 300 tan metrik setahun.

“Bukan itu sahaja, melalui anak syarikatnya, FELCRA Processing Engineering Sdn. Bhd. telah menjalankan penambahbaikan operasi kilang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Santan Sawit Jenama Suri.

“Sebelum ini hanya berkapasiti 30 tan metrik sebulan ke 60 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan domestik,” katanya.

Baca juga:   HRD Corp kendali semua latihan peningkatan kemahiran - PM

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Jelas Mahdzir lagi, FELCRA turut akan melaksanakan penanaman pelbagai variati padi di Estet Padi Felcra Seberang Perak dengan seluas 3,263.82 hektar.
 
Menurut beliau, bagi sektor penternakan pula, FELCRA telah melaksanakan projek ternakan lembu integrasi serta kilang pemprosesan makanan ternakan.

“Projek-projek ini telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2022.

Baca juga:   KPLB peruntuk RM4 juta bantu mangsa banjir

“Ini ditambah dengan melaksanakan projek ternakan ayam yang menelan belanja lebih RM59 juta,” kata Mahdzir.

Pada majlis tersebut Mahdzir turut menyantuni warga Peserta FELCRA dengan penyampaian Replika Cek Sumbangan kepada institusi kebajikan.

Antaranya, Masjid Abu Ubaidah  Al Jarrah, Surau Jumaat Muhajirin Desa Rejang, Rumah Bakti Al Kausar, Rumah Perlindungan AL-Haq dan Madrasatul Faridiyah Setapak Jaya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Perlindungan Alhaq, Keramat.

-EDISI9

Terkini

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di...

Lagi Artikel Berkaitan