33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Suami lupa hari jadi isteri boleh dihukum penjara di Samoa

Mesti Baca

ULANG tahun kelahiran adalah hari penting yang dinantikan dan rata-rata wanita tentunya mahu pasangan mereka mengingati tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, ada suami terlupa dan tidak dapat mengingatinya walaupun sudah lama berumah tangga.

Memaafkan dan melupakan adalah langkah terbaik dalam mendamaikan kedua belah pihak.

Namun begitu, berbeza dengan undang-undang di Samoa apabila penting untuk suami mengingati tarikh kelahiran si isteri.

Dalam erti kata lain, suami di Samoa wajib mengingati tarikh berkenaan atau berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atas kesalahan ini.

Hukuman itu diperuntukkan mengikut undang-undang negara dan masih berkuat kuasa di Samoa.

Advertisements

Menurut laporan media, suami di Samoa diberi amaran jika mereka lupa hari lahir isteri mereka buat kali pertama.

Sekiranya kesilapan itu berlaku buat kali kedua, pasangan berdepan denda atau mungkin penjara.

Undang-undang menetapkan hukuman maksimum bagi kesalahan itu adalah lima tahun penjara.

Terdapat pasukan berdedikasi di Samoa, untuk memastikan undang-undang itu dipatuhi.

Apabila kes dibawa kepada polis, pasukan yang berbeza dikhaskan untuk menyelesaikannya.

Apabila pasukan itu menerima aduan seperti ini, mereka juga akan bertindak segera. -Agensi

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan