26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Nor Sam wanita kedua terajui Jabatan Pertanian

Mesti Baca

TIMBALAN Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Datuk Nor Sam Alwi dilantik ketua pengarah baharu jabatan berkenaan.

Ia menjadikan beliau wanita kedua diberi tanggungjawab memegang jawatan nombor satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.

Jabatan Pertanian dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Nor Sam, 57, lulusan Ijazah Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkuat kuasa semalam.

Watikah pelantikan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, semalam.

Advertisements

“Pelantikan beliau dibuat berdasarkan prestasi dan pengalaman luas di Jabatan Pertanian di samping pengetahuan serta kredibiliti beliau dalam pembangunan sektor agromakanan untuk menerajui jabatan,” kata kenyataan itu.

Wanita pertama diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pertanian ialah Datuk Khamsiah Mohammad yang menerajui agensi itu selama setahun bermula 2004.

Nor Sam pernah bertugas sebagai pegawai kuasa usaha bahagian teknikal pertanian, selain Pengarah Pertanian Perak dan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian.

Jawatan ketua pengarah agensi terbabit kosong mulai 26 Ogos lalu selepas penyandangnya, Datuk Zahimi Hassan bersara wajib. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan