33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

ZUS Coffee, HYPE jalin kerjasama jayakan ‘The Future Is Now’

Mesti Baca

RANGKAIAN kopi teknologi Malaysia, ZUS Coffee menjalin kerjasama kali kedua dengan Jenama pakaian terkenal, HYPE bagi menjayakan ‘The Future Is Now’.

ZUS Coffee dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu bertujuan memperagakan semula gaya hidup dan fesyen serta memperingati ulang tahun ke-4 ZUS Coffee.

Katanya, acara prapelancaran rasmi telah diadakan di ZUS x HYPE Pop Up Store di Blue Atrium Sunway Pyramid, semalam.

“Perkongsian itu juga membawa kelainan kepada pengalaman kopi harian dengan menggabungkan rasa yang enak dengan manis menjadikan pengalaman menghirup secawan kopi setiap hari sebagai pengembaraan rasa.

“Kolaborasi ZUS Coffee x HYPE ‘The Future Is Now’ ialah tempat fesyen pakaian bergerak selari dengan budaya kopi,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Katanya, kerjasama itu juga menampilkan edisi terhad membabitkan estetika pakaian ikonik HYPE dilengkapkan dengan Cheese Crème Series ZUS Coffee direka untuk dipadankan sempurna dengan pakaian yang diraikannya.

“Koleksi itu adalah untuk mereka yang mengharungi hari mereka mencari kualiti, kemudahan dan sentuhan tambahan yang nyaman.

“Ia mengenai menambah keyakinan dalam setiap langkah dan menjadikan setiap hari mencabar, bersemangat dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu lagi.

Koleksi ‘The Future Is Now’ akan tersedia di semua cawangan HYPE di seluruh Malaysia bermula esok, 17 November. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan