30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Tipu RM1 bilion, ‘Datuk’ didakwa turut perdaya agensi kerajaan

Mesti Baca

BEBERAPA agensi kerajaan turut menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang bergelar Datuk dengan jumlah kerugian sehingga RM1 bilion.

Perkara itu didedahkan oleh dua mangsa penipuan yang dilakukan oleh lelaki yang digelar Datuk R.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek berkata, lelaki berkenaan melanggar Akta Syarikat apabila menubuhkan syarikat dengan objektif perniagaan palsu, membuat pengisytiharan tahunan palsu dan membuat laporan audit palsu.

“Datuk berkenaan melanggar Akta Syarikat 1965 dan menutup syarikat selepas penipuannya selesai supaya salah laku tidak dapat dikesan, permainannya ini sungguh licik sehingga mangsa terpedaya,” katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir peguam mewakili mereka, Illy – Nadiah Mohd Yusof.

Katanya, syarikat itu akan digunakan untuk memindah sebahagian wang pelaburan.

Namun begitu, beberapa keping salinan cek serta salinan penyata bank syarikat ada dikeluarkan dan boleh dijadikan bukti terdapat aliran wang keluar masuk syarikat terbabit.

Shah berkata, lelaki itu juga didakwa menjalankan operasi seperti skim cepat kaya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah koperasi dengan menipu jutaan ringgit namun tidak didakwa meskipun wang koperasi dibekukan selain pendaftaran dibatalkan.

Ahli perniagaan dari United Kingdom, Lee Roger Meiklejohn, 50, yang turut menjadi mangsa penipuan lelaki terbabit dengan jumlah kerugian sebanyak RM60 Juta dalam kejadian pada November 2017.

Advertisements

Lee mendakwa, Datuk berkenaan membuat pengisytiharan keuntungan palsu serta tidak mengisytiharkan wang miliknya.

“Datuk terbabit telah melakukan penipuan dalam kenyataannya kepada pihak polis apabila disiasat dijalankan.

“Banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya tetapi tiada tindakan atau dakwaan pernah dikenakan.

“Saya percaya dia telah memutar belit atau memberi kenyataan palsu untuk melepaskan diri,” katanya.

Setakat ini, kira-kira lapan individu telah tampil dan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan yang sama.

“Mangsa juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan ahli perniagaan yang membabitkan kerugian puluhan jutaan ringgit.

Maper meminta sesiapa yang menjadi mangsa penipuan untuk mengumpul dokumen berkaitan sebelum tindakan seterusnya diambil termasuk membuat laporan polis,” kata Shah lagi.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan Datuk R itu diminta menghubungi talian 014-2214433 untuk proses pengumpulan dokumen dan lain-lain tindakan berkaitan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan