29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

Mohd Rosli dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu

Mesti Baca

LAKSAMANA Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ketujuh berkuatkuasa semalam.

Sebelum ini Mohd Rosli merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, Mohd Rosli yang berpengalaman hampir tiga dekad dalam bidang keselamatan maritim, memiliki kepakaran dalam merancang pelaksanaan operasi maritim.

Ini khususnya dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izi (PATI), penyeludupan dadah dan kontraban serta rompakan di laut.

“Antara kejayaan terbesar di bawah kendalian beliau ialah Ops Pelantar Merah yang menghasilkan tangkapan berprofil tinggi sekaligus mengurangkan kadar jenayah di sekitar pelantar minyak di perairan negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Terbaharu, Mohd Rosli mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (Swasla) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung.

Ini dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia.

“Melalui pelantikan ini, beliau diharap dapat membawa sinergi baharu dalam memperkasakan lagi peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut demi kesejahteraan perairan negara,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan